Ahad, 13 Mei 2012

SAJAK: Dedikasi Untuk Sejarah Melaka


  • Karisma parameswara sebagai raja dan pemerintah yang sedia ada melalui pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan penubuhan sebuah kerajaan dalam suatu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang lagi.  
  • Justeru, dalam menyimpulkan kekuatan dan kelebihan Melaka sehingga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan, dan budaya yang penting di rantau Melayu pada kurun ke-15 dan kurun ke-16 dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku sejak zaman Srivijaya, jelas sekali antara Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan Srivijaya adalah berkesinambungan sehinggalah ke hari ini.

Faktor Melaka dipilih menjadi sebuah kerajaan

  •  Bekalan air senang diperolehi.
  • Bentuk muka bumi berbukit bukau menjadi panduan pelayar dan kawasan selat lebih mudah dikawal.
  •  Pokok bakau dan api-api benteng pertahanan dan pelindung semulajadi.
     
    Kemudahan Pelabuhan
    • Bekalan air dan makanan
    • Tenaga kerja
    • Membaiki kapal
    • Tempat penginapan     pedagang                                                                       

    Video: Kedatangan Parameswara di Tanah Melayu




                                             Plot perjalanan Parameswara

    Kronologi Perjalanan Parameswara


    Gambar: Parameswara menyaksikan anjingnya ditendang oleh seekor pelanduk
     dan menjadi ilham untuk menamakan Melaka 
    kerana peristiwa berlaku di bawah pokok Melaka.

    Parameswara di Temasik

    • Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura)
    • Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
    • Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik
    • Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya
    • Parameswara bertindak membunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya
    • Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar.

    Selasa, 8 Mei 2012

    Pengenalan : Asal-usul Negeri Melaka

    PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA
      Kedatangan Parameswara
     

    • Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400.
    • Palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
    • Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
    • Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
    • Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang Majapahit
    • Parameswara telah lari ke Temasik