Matapelajaran Sejarah Tingkatan 1
Sabtu, 19 Mei 2012
Ahad, 13 Mei 2012
SAJAK: Dedikasi Untuk Sejarah Melaka
- Karisma parameswara sebagai raja dan pemerintah yang sedia ada melalui pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan penubuhan sebuah kerajaan dalam suatu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang lagi.
- Justeru, dalam menyimpulkan kekuatan dan kelebihan Melaka sehingga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan, dan budaya yang penting di rantau Melayu pada kurun ke-15 dan kurun ke-16 dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku sejak zaman Srivijaya, jelas sekali antara Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan Srivijaya adalah berkesinambungan sehinggalah ke hari ini.
Video: Kedatangan Parameswara di Tanah Melayu
Plot perjalanan Parameswara
Kronologi Perjalanan Parameswara |
dan menjadi ilham untuk menamakan Melaka
kerana peristiwa berlaku di bawah pokok Melaka.
Parameswara di Temasik
- Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura)
- Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
- Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik
- Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya
- Parameswara bertindak membunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya
- Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar.
Langgan:
Catatan (Atom)